Sunday, February 17, 2008

LALUAN SUTERA..dr mana dan ke mana??

Sudah sekian lama istilah ini tak muncul dalam teks telahan kita di universiti. Mungkin sekali dua dalam subjek TITAS. Namun sejarah kekal untuk dikaji dalam mencari identiti dan memahami latar belakang setempat. Sejarah bergantung kepada penemuan dan hasil kajian pakarnya. Kita bukanlah pakar tapi tidak menjadi kesalahan untuk mengkaji bagi menambahkan pengetahuan.

Dinasti Han (114 SM) menjadi perintis kepada laluan ini. Istilah Laluan Sutera telah diperkenalkan oleh Ferdinand von Richthofen seorang ahli Geografi German pada tahun 1877, sinonim dengan sutera sebagai bahan dagangan utama dari China. Laluan ini bukan sekadar melalui jalan laut malah juga merentasi jalan darat menghubungkan Chang'an ( Xi'an) di China, kawasan Asia minor dan Mediterranean sejauh 8,000 km.


Berikut disertakan peta Laluan Sutera





Laluan ini merakamkan pelbagai episod perdagangan, penjelajahan dan kembara. Laluan ini bukanlah laluan yang diteroka sehari dua malah berkurun ..bukan seorang atau sezaman pemerintahan tapi lebih daripada jutaan yang memperkembangkan laluan ini untuk kepentingan ekonomi, politik dan agama. Antara siri laluan inilah membawa kita ke Laut Aral yang mana pusat perdagangan Asia Tengah ketika itu letaknya di Bukhoro dan Samarkhan. Haaa di sinilah kami nak pergi! …antara pusat perdagangan utama di laluan sutera . BUKHORO…setia menunggu di sana…..

Monday, January 21, 2008

Uzbekistan National Documentary



latarbelakang uzbek





Salam Ukhuwah..

Assalamualaikum,

Blog ini diwujudkan untuk menempatkan maklumat KEMBARA LALUAN SUTERA yang mengufuk ke UZBEKISTAN..dari kami GPTD Uzbekistan.